
WELCOME RAMADHAN &... HAPPY BIRTHDAY AWAK9.7.13 | 0Superstar (s)!
Alhamdulillah :) Ramadhan is coming. A chance for me to clean my heart. Allah gave me some times so I have to appreciate it. Who knows, this Ramadhan would be my last Ramadhan? Ya Allah, forgive me Ya Rabbi. Forgive all my mistakes and wrongs. Forgive all my sins. Protect me and family from dunia and akhirat. Ya Allah, let me do my part as your slave.
HAPPY BIRTHDAY, AWAK.
Belum sempat saya raikan hari jadi awak yang ke-19, awak dah pergi tinggalkan saya, tinggalkan semua buat selama-lamanya. Saya terima. Saya Redha. Saya ikhlaskan pemergian awak. Saya rindu awak, saya hadiahkan Al-Fatihah. Terlalu cepat awak pergi.. Secara tiba-tiba tanpa ucap selamat tinggal, awak ghaib dari pandangan mata saya.. Di hari jadi awak, saya demam. Mungkin kerana saya terlalu fikirkan dan merindui awak. Awak lelaki yang paling baik pernah saya jumpa. Awak lelaki yang paling hebat pernah kenal. Awak lelaki yang saya amat sayangi dalam hidup saya. Kita berpisah kerana jarak tapi hati kita tak pernah berubah. Kita sama-sama sambung belajar untu kejar impian dan cita-cita kita bersama tapi sekarang awak biarkan saya harungi semua dengan seorang diri. Impian kita untuk sama-sama bahagiakan kedua ibu bapa kita sebelum kita bersama. Cita-cita kita untuk menjadi insan yang berjaya dan pasangan bahagia.
"Walau apa pun terjadi, jangan pernah putus asa untuk kejar impian dan cita-cita kita"
Saya masih lagi berdiri dan kehadapan sehingga hari ini sebab saya pegang janji kita. Ramai orang fikir beranggapan buruk atas hubungan kita. Awak pesan, jangan endahkan. Awak suruh saya teruskan dengan perjuangan kita. Awak kata suatu hari nanti mereka yang mengata kita akan terkejut bila tengok kita sama-sama berjaya dan yang paling penting, kita masih kekal bersama. Awak dah buktikan kat saya, kasih sayang awak pada saya sehingga nafas terakhir awak. Bukan mudah untuk saya terima. Mencari penggati awak adalah mustahil. Sebab....... Takkan ada lelaki di dunia seperti awak lagi :'(
13.06.2013 - Awak pergi tinggalkan kami buat selamanya.
Awak, selamat hari jadi.. Semoga tempat awak di lapangkan dan diberi cahaya. Semoga awak ditempatkan orang-orang beriman. Semoga kita berjumpa di akhirat kelak.
Bulan Ramadhan kali ni takkan sama seperti bulan Ramadhan sebelum ni. Puasa saya tanpa awak. Terawih saya tanpa awak. Sedih...InsyaAllah, saya akan ke pusara awak di bulan Ramadhan jika tiada apa-apa halangan diberi. Saya amat merindukan awak. Takkan ada lagi message pantun awak bagi sempena Ramadhan datang. Takkan ada lagi call di terima sempena ucapan berbuka puasa. Takkan ada lagi marah manja awak sebab saya tak pergi tarawih. Semua tu takkan ada lagi :'( Takkan... Di hujung Ramadhan, awak selalu minta tolong saya teman kan awak untuk beli sikit barang-barang raya awak yang tertinggal untuk dibeli. Awak akan suruh saya pilihkan baju untuk awak. Jam untuk awak. Sekarang? Saya tak akan dapat teman kan awak. Takkan! Awak selalu akan datang rumah nenek saya. Kadang kala kita berbuka sama. Kelibat awak kat rumah nenek saya mesti saya akan terbayang. Kehilangan awak sangat dugaan yang besar yang Allah berikan kepada saya. Secra jujurnya, awak lah satu-satunya lelaki bukan muhrim yang saya sayang. Secara jujurnya, awaklah calon suami saya di masa akan datang. Kenangan awak dengan saya takkan mungkin terpadam. Rindusaya pada awak takkan mungkin terubat. Tapi saya percaya, pemergian Awak, ada hikmah sebaliknya. Mungkin jodoh kita bukan di dunia,Abdul Fikry Bin Husain. Saya percaya, Allah akan satukan kita di akhirat kelak. Saya takkan pernah lupakan awak, abang. Awak akan sentiasa ada di dalam setiap doa saya. Al-Fatihah~
Ya Allah Ya Tuhanku, hanya Kau tempat ku meminta dan mengadu~ AL-FATIHAH ALLAHYARHAM ABDUL FIKRY BIN HUSAIN |
★ ★ ★ ★ ★ ![]() IT'S MONWEIRDO :) Fall in love to, AanPatrick AMALINA NADIAH ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
The Credits! |